SATU PPS DI ALOR GAJAH DIBUKA, TEMPATKAN 51 MANGSA BANJIR

Melaka 17 April – Banjir kilat yang melanda Alor Gajah selepas hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS), dibuka bagi menempatkan 51 mangsa setakat 8 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata mangsa terlibat terdiri daripada 13 keluarga dari sembilan kampung di daerah itu, ditempatkan di Balai Raya Balik Balai yang dibuka pada 9 malam semalam.

Beliau berkata kampung terlibat ialah Kampung Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai, Kampung Padang Keladi, Kampung Taboh Naning, Pelan Lubok China, Kampung Sungai Jernih, Taman Masjid Tanah Ria, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Durian Tunggal dan Kampung Brisu.

Sumber – BERNAMA / MHI

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut