PERTEMUAN BINCANG LALUAN LAUT ANTARA KUDAT & PALAWAN

JOSE (kanan) bersama Verdon dan Benjamin pada pertemuan itu.

KOTA KINABALU: Satu langkah penting ke arah merealisasikan sambungan laut antara Kudat, Malaysia dan wilayah Palawan di Filipina telah diambil baru-baru ini. Perbincangan awal berlangsung di Bandar Makati, Filipina, yang memfokuskan kepada kemungkinan operasi perkhidmatan feri antara kedua-dua lokasi.

Mesyuarat itu dihadiri Ahli Parlimen Kudat Datuk Verdon Bahanda, dan Ahli Kongres II Daerah Palawan Jose Chaves Alvarez. Dialog itu dibantu oleh ahli Majlis Penasihat Ekonomi Sabah Benjamin Golimbi.

Suasana itu digambarkan sebagai mesra dan penuh dengan keterujaan, apabila kedua-dua Verdon dan Jose mengakui kepentingan, logik dan keperluan mendesak untuk perkhidmatan feri yang dicadangkan itu.

Awal tahun ini, Menteri Pengangkutan Anthony Lok Siew Fook berjanji menyokong inisiatif itu, menekankan potensi rangsangan kepada pelancongan dan sektor lain.

Cadangan Verdon, katanya, perlu direalisasikan bagi meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi di Kudat.

Verdon memberi jaminan kepada Jose bahawa kajian kebolehlaksanaan akan dijalankan tidak lama lagi untuk membuka laluan bagi sambungan laut itu. Draf kajian kebolehlaksanaan itu akan diserahkan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Putrajaya untuk kelulusan akhir dan pelaksanaan seterusnya.

Laluan Kudat-Palawan berkemungkinan dikendalikan oleh dua pengendali feri berasingan, mematuhi semua keperluan daripada Pensijilan Maritim Antarabangsa.

Projek sambungan laut itu membabitkan pelabuhan Balabac, Batarasa, Bulluluyan, Brooks Point, dan Puerto Princesa. Perbandaran Balabac kini sedang membangunkan dua lapangan terbang antarabangsa baharu, menjangkakan kemasukan 3 juta pelancong dalam dekad akan datang.

Mesyuarat itu juga membincangkan tentang cadangan memanjangkan landasan lapangan terbang Kudat dari 700m kepada 1500m untuk menampung penerbangan sewa.

Topik lain termasuk hasrat bagi membawa KM Sabah untuk lawatan ke Palawan, dan pembangunan infrastruktur pelancongan di Kudat bagi menjangkakan pertambahan kenaikan pelancong ke Balabac/Palawan susulan rancangan itu.

Bekas gabenor itu turut memberitahu Vedron hasratnya bagi memastikan operasi feri akan mencapai matlamat utamanya untuk mengukuhkan lagi aspek keselamatan dua hala kedua-dua sempadan. Jose juga menyatakan lebih mudah untuk memproses dokumentasi untuk PTI di Sabah apabila mereka menubuhkan pihak berkuasa berkaitan di Pulau Balabac.

Pemain industri dari Kawasan Pertumbuhan Asean Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) menyambut baik pengumuman Menteri itu.

Mereka melahirkan rasa gembira atas komitmen Putrajaya mengeluarkan permit feri bagi laluan Kudat-Palawan.

Di pihaknya, Benjamin berkata Wilayah Palawan, sebuah syurga pelancong seluas 1.7 juta hektar yang terkenal dengan aktiviti menyelam, pantai yang indah, terumbu karang dan penduduk yang mesra, akan menyumbang dengan ketara kepada pembangunan ekonomi Sabah.

“Merealisasikan cadangan feri itu akan memberi rangsangan besar kepada pembangunan ekonomi Sabah. Untuk merealisasikan cadangan ini, terdapat banyak perkara yang perlu kita pertimbangkan, termasuk aspek keselamatan, ekonomi dan laluan laut.

“Saya rasa semua ini adalah faktor positif untuk kita sama-sama membangunkan Kudat sebagai pintu masuk penting ke Sabah dan Malaysia,” tegasnya. Justeru itu, Benjamin menyatakan sokongan dan komitmennya untuk membantu merealisasikan feri yang dicadangkan itu.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Harian Ekspres Sabah

 

Artikel/Berita Terkini

KPM GIAT LAKSANA PELBAGAI INISIATIF BAGI MEREFORMASI PENDIDIKAN NEGARA, TANGANI KECICIRAN PEMBELAJARAN

KPM GIAT LAKSANA PELBAGAI INISIATIF BAGI MEREFORMASI PENDIDIKAN NEGARA, TANGANI KECICIRAN PEMBELAJARAN Kementerian Pendidikan (KPM) sedang giat melaksanakan pelbagai inisiatif …
Maklumat Lanjut

CAKNA MEDIA SOSIAL DI KALANGAN KANAK-KANAK: MENJANA KESEDARAN DAN KESELAMATAN

Media sosial telah menjadi sebahagian penting dalam kehidupan harian kita, mempengaruhi bagaimana kita berhubung, berinteraksi, dan menerima maklumat. Namun, kesan …
Maklumat Lanjut

PAHANG CADANG WUJUDKAN ZON INDUSTRI DI SEMUA DAERAH

Bera: Kerajaan Negeri Pahang bercadang mewujudkan zon perindustrian di semua daerah di negeri ini bagi menarik kemasukan pelabur asing ke …
Maklumat Lanjut