APA ITU FOOD COMA DI HARI RAYA?

“Food coma” atau keletihan selepas makan berlebihan adalah fenomena yang sering berlaku semasa Hari Raya. Pasti ramai yang takkan melepaskan peluang untuk mencuba semua makanan yang dihidangkan di Hari Raya. Maklumlah, hanya setahun sekali dapat menikmati pelbagai jenis juadah raya yang enak dan lazat seperti kuih-muih tradisional, ketupat, rendang, lemang, dan lain-lain.

Namun, apabila makan terlalu banyak, mulalah rasa mengantuk dan keletihan oleh sebab terlalu kenyang. Tak seronoklah nak beraya bersama saudara-mara dan rakan taulan kalau asyik mengantuk dan keletihan sahaja. Oleh itu, elakkan “food coma” semasa Hari Raya dengan bersederhana ketika makan. Lebihkan hidangan yang lebih sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan hadkan juadah yang tinggi kalori. Jangan lupa untuk minum air yang mencukupi dan ambil masa untuk bergerak selepas makan.

Sumber: Nutritionistkkm

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut