MANGSA PPRT ROBOH PERLU BANTUAN

PRIHATIN: Chew (tengah) bertemu dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa.

 

SANDAKAN: Mangsa rumah roboh di Kampung Air Karamunting di sini memerlukan perhatian sewajarnya.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting Datuk Chew Kok Woh berkata, kelmarin berlaku kejadian apabila rumah seorang penduduk roboh. Ia terjadi di Jambatan No.6 Kg Air di sini.

“Seorang ibu mempunyai 13 anak dan baharu bersalin menjadi mangsa dalam kejadian itu.

“Suaminya yang bekerja di Kuala Lumpur turut bergegas balik ke Sandakan untuk menguruskan hal berkenaan.

“Saya dimaklumkan kejadian berlaku pada sekitar jam 9 malam pada 15 April (Isnin).

“Setelah kedengaran bunyi keretakan berlaku, mangsa bersama kesemua 14 anak-anaknya segera keluar dari rumah itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, rumah mangsa kemudian terus roboh ke dalam laut, bagaimanapun tiada kecederaan yang berlaku.

Chew dalam pada itu turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada mangsa. Ia merupakan kejadian kedua di kawasan yang sama.

“Saya juga meminta mangsa membuat laporan polis dan saya sendiri akan berhubung dengan pihak Jabatan Kebajikan Daerah Sandakan untuk memohon bantuan bencana alam kepada mangsa.

“Ini merupakan rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dibina semula pada 2012, selepas pernah roboh sebelum itu,” katanya.

.

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut