757 KEBAKARAN HUTAN TERBUKA DIREKODKAN DI KELANTAN

Kelantan mencatat sejumlah 757 kebakaran hutan dan terbuka pada tahun ini setakat 13 April.

Jumlah itu merangkumi kebakaran kebun atau ladang sebanyak 13 kes, hutan (48) dan hutan gambut (13).

Tahun ini sehingga 13 April, kebakaran melibatkan belukar dan lalang paling tinggi iaitu 582 kes diikuti sampah 101 kes.

Jumlah kebakaran juga tinggi dalam tempoh cuaca panas dan kemarau apabila mencatatkan keseluruhan 239 kes kebakaran hutan dan terbuka hanya dalam tempoh lapan hari bermula 4 hingga 11 April.

39 lokasi panas kebakaran terbuka dikenal pasti di seluruh negeri ini membabitkan 12 lokasi di Pasir Puteh, Bachok (8) dan masing-masing enam di Pasir Mas, Kota Bharu serta Gua Musang.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …