KERAJAAN JOHOR YAKIN KEGIATAN EKONOMI DI FOREST CITY KEMBALI RANCAK

Forest City, projek mega pembangunan bercampur di atas empat pulau buatan di perairan Johor bakal berubah wajah dan diyakini kembali bernafas baharu dengan kerancakan kegiatan ekonomi dalam masa terdekat.
Keyakinan Kerajaan Negeri berikutan penubuhan Zon Kewangan Khas (SFZ) di Forest City selain hasrat menjadikan kawasan tersebut sebahagian daripada Zon Ekonomi Khas (SEZ) Johor-Singapura.
Selain itu, penubuhan Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia (IMFC) di Johor juga akan memudahkan urusan perniagaan dan menarik lebih banyak pelaburan ke negeri ini terutama Iskandar Malaysia dan Forest City amnya.
Pemilihan Forest City sebagai lokasi penganjuran Forum Pelancongan ASEAN berlangsung pada 19 hingga 25 Januari tahun hadapan turut akan menjadi pemacu kerancakan ekonomi kawasan pembangunan itu.
Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor mengadakan lawatan ke Forest City dan berbincang mengenai aspek promosi, penyediaan pakej perniagaan serta persediaan untuk acara bertaraf antarabangsa.
Mungkin imej 7 orang, televisyen, jam tangan dan teks yang berkata 'MD DIA HOR Foto Ihsan Unit Media Dan Komunikasi, Pejabat Menteri Besar Johor'
Mungkin imej 1 orang, pencakar langit dan teks yang berkata 'MDJ .DIDIDITJOOR Foto hsan: Unit Media Dan Komunikasi, Pejabat Menteri Besar Johor'
Mungkin imej 6 orang dan teks yang berkata 'MDJ ÛEJ Foto Ihsan Unit Media Dan Komunikasi, Pejabat Menteri Besar Johor'
Mungkin imej 1 orang, tugu, pencakar langit dan teks yang berkata 'VD DNITON Foto Ihsan Unit Media Dan Komunikasi, Pejabat Menteri Besar Johor'
Mungkin imej 4 orang, dais dan teks

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …