SULTAN PAHANG SAMPAIKAN SUMBANGAN AIDILFITRI KEPADA BEKAS ATLET

KUALA LUMPUR: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Ihya Ramadan 2024 di sebuah hotel di sini hari ini.

Pada majlis anjuran Free Malaysia Today (FMT) dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) itu, baginda mengurniakan bantuan kewangan sempena Aidilfitri kepada 24 bekas atlet yang hadir.

Turut menerima kurniaan itu 26 lagi bekas atlet yang tidak hadir dan bantuan tersebut akan dideposit ke akaun masing-masing.

Hadir sama Presiden YAKEB Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed dan Pengarah Urusan FMT Azeem Abu Bakar yang sebelum itu menyampaikan zakat wakalah bernilai RM50,000 untuk diagih kepada bekas atlet terbabit.

Al-Sultan Abdullah turut berkenan berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib secara berjemaah bersama tetamu.

Sumber: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …