AMALKAN SIFAT BERSEDERHANA, BELANJA BERHEMAH SAMBUT AIDILFITRI – TENGKU HASSANAL

KUANTAN: Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menitahkan supaya rakyat negeri ini mengamalkan sifat bersederhana dan berbelanja dengan berhemah, khususnya ketika menyambut Aidilfitri.

Tengku Hassanal bertitah meraikan hari kemenangan setelah umat Islam melalui pelbagai ujian sepanjang Ramadan tiada salahnya, namun perlulah mengikut kepada kemampuan dan tidak sampai sehingga perlu berhutang.

“Jika sampai keadaan kita berhutang dan meminjam semata-mata untuk memeriahkan hari-hari pada bulan Syawal nanti, maka ini bukanlah tindakan yang bijaksana.

“Sambutlah Aidilfitri ini dengan penuh kesyukuran dan serikanlah dengan amalan yang memberi manfaat sesama insan,” titah baginda pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), di kampus Gambang semalam.

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Naib Canselor UMPSA Prof Datuk Dr Yuserrie Zainuddin.

Selain itu, baginda yang juga pro-canselor UMPSA, menyeru kepada semua pihak termasuk badan korporat dan agensi berkaitan untuk menjalinkan kerjasama lebih erat dengan universiti dalam memperkasakan yayasan UMPSA.

“Dengan kolaborasi yang mantap, kita dapat memastikan bahawa lebih ramai pelajar dan komuniti menerima manfaat yang optimum daripada program yang ditawarkan oleh yayasan. Semoga agenda kebajikan dan kemenjadian mahasiswa ini terus diberi perhatian,” titah baginda.

Selain berbuka puasa, Tengku Hassanal turut berkenan mengurniakan sumbangan UMPSA daripada pelbagai syarikat korporat dan dana agensi untuk manfaat pelajar khususnya buat pelajar asnaf dan B40.

Sumber: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …