TUAIAN PERTAMA BAWANG MALAYSIA 2.3 TAN

TANJUNG MALIM: Perak menjadi negeri pertama di Malaysia berjaya menuai hasil bawang tempatan jenis BW1 membabitkan berat sekitar 2.3 tan di Kampung Ladang Bikam di sini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, projek kerjasama dengan Jabatan Pertanian Negeri itu sebelum ini dilaksanakan secara tiga fasa di kawasan seluas satu hektar, menyasarkan pengeluaran hasil kira-kira empat tan metrik setiap hektar.

“Bagi penuaian pertama, ia membabitkan fasa satu di kawasan seluas 0.6 hektar dengan hasil pengeluaran sekitar 2.3 tan. Selepas ini, penuaian akan bersambung kepada fasa dua dan fasa tiga.

“Saya yakin projek rintis ini mampu menjadi pencetus kepada pengeluaran bawang dalam negara sekali gus memenuhi keperluan rakyat Malaysia. Ini sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap bawang import,” katanya pada Majlis Tuaian Hasil Projek Rintis Tanaman Bawang Secara Besar-Besaran di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Setiausaha KPKM Datuk Lokman Hakim Ali, Pengarah Bahagian Pembangunan Industri Tanaman Christopher John Biai dan Pengarah Pertanian Negeri Perak Norsiyenti Othman.

Dalam pada itu katanya semua hasil pengeluaran itu akan dipasarkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) ke mana-mana lokasi yang mempunyai permintaan tinggi.

Selain itu, beliau berkata, Perak adalah antara enam negeri yang akan menjadi hab pengeluaran tanaman bawang tempatan jenis BW1 di Malaysia bagi kegunaan domestik.

Beliau optimis perkara itu dapat direalisasikan memandangkan kerajaan negeri turut menyokong usaha berkenaan untuk diperluaskan di seluruh Perak.

“Pihak kementerian sudah mengenal pasti enam negeri iaitu Perak, Selangor, Perlis, Pulau Pinang, Pahang dan Kelantan. Semua ini adalah perancangan dan sasaran kita untuk mencapai kadar sara diri (SSL) bawang tempatan sebanyak 30 peratus menjelang 2030.

Sumber: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut