HENTIKAN PEMBAKARAN TERBUKA ATAU TANGGUNG KERUGIAN LEBIH BESAR

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mahu pelbagai pihak mencegah berlakunya pembakaran terbuka kerana operasi memadamnya memerlukan ramai anggota dan ambil masa lama berbanding kebakaran struktur atau premis.

Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Nor Hisham Mohammad, kelewatan pihak bomba tiba ke lokasi memberi kesan yang besar kepada kebakaran yang berlaku.

Beliau memberi contoh kes kebakaran di Pasar Raya Mydin Manjoi, Ipoh, Perak, pada 10 Mac lalu yang menyaksikan kerugian dianggarkan kira-kira RM50 juta. Dalam kes ini, sepatutnya pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya respon ke lokasi kejadian pasar raya Mydin. Namun, anggota dan pasukan terbabit perlu memadam kebakaran belukar dan BBP Ipoh terpaksa ambil alih kebakaran di Mydin.

Kerisauan beliau adalah orang awam tidak tahu apabila bomba ke operasi pemadaman api lalang atau belukar ia akan mengambil masa lama sehingga tiga ke empat jam dengan keanggotaan yang ramai. Dalam masa sama pihaknya tiada perlindungan daripada kebakaran struktur di dalam bandar.

Mana-mana pihak diminta supaya menghentikan pembakaran terbuka kerana ia dibimbangi memberi kesan kepada kejadian kebakaran struktur atau premis.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA-INDONESIA METERAI PERJANJIAN PERKAPALAN

Pada 4 November dalam tahun 1986, Malaysia dan Indonesia memeterai  satu perjanjian perkapalan yang pertama dibuat antara anggota ASEAN. Malaysia …

PERJANJIAN PERDAGANGAN DI ANTARA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DENGAN REPUBLIK KOREA

Pada 5 November dalam tahun 1962, satu perjanjian perdagangan di antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan Republik Korea telah …

PENUBUHAN PERBADANAN PERKAPALAN ANTARABANGSA MALAYSIA BERHAD

Pada 6 November dalam tahun 1968,  Malaysia International Shipping Corporation Berhad (kini dikenali sebagai MISC) telah ditubuhkan sebagai sebuah badan perkhidmatan perkapalan nasional …