JPS BEKAL 4 PAM AIR PADAM KEBAKARAN HUTAN GAMBUT

Kuantan: Empat pam digunakan untuk menyedut air dari parit ke kawasan hutan tanah gambut milik Jabatan Pertanian Pahang di Inderapura di sini yang terbakar sejak minggu lalu.

Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Pahang, Muhd Rizal Baharom, berkata pam berkenaan dibekalkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejak Ahad lalu bagi membantu operasi memadam api di kawasan itu.

Menurutnya, kaedah yang digunakan itu diharap dapat memadam dan mengawal api daripada terus merebak ke kawasan lebih luas.

Katanya, hutan tanah gambut di situ sebelum ini lembap dan terdapat air, namun disebabkan musim kemarau kawasan terbabit menjadi kering dan mudah terbakar.

“Saya difahamkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini giat berusaha memadam dan mengawal kebakaran secara berterusan bagi mengelak daripada merebak.

“Sokongan agensi seperti JPS yang membekalkan empat unit pam air dibantu 10 kakitangan diharap memberi kejayaan diharapkan dalam operasi memadam kebakaran yang bermula sejak minggu lalu,” katanya, dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, kebakaran hutan tanah gambut milik Jabatan Pertanian yang turut menempatkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Inderapura adalah yang terburuk pernah berlaku.

Muhd Rizal berkata, cuaca panas kering dan angin kencang serta tanah gambut menjadi faktor utama kebakaran mudah berlaku dan sukar dipadam.

“Kebakaran menyebabkan kerugian sebahagian 21 pekebun yang mengusahakan pelbagai tanaman sayur menggunakan sistem fertigasi apabila para tanaman mereka runtuh selain polibeg tanaman timun musnah terbakar,” katanya.

Tinjauan di tempat kejadian mendapati operasi memadam kebakaran membabitkan 13 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas sedang dilakukan.

Berdasarkan anggaran kawasan Jabatan Pertanian itu seluas 200 hektar.

Sumber: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …

THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA

Ayer Keroh – Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita, U Thanusaa …