JALAN BATANG KALI-GENTING HIGHLANDS BELUM BUKA AIDILFITRI INI

KUALA LUMPUR: Jalan Batang Kali-Genting Highlands berhampiran kawasan tragedi tanah runtuh yang mengorbankan 31 nyawa pada Disember 2022, belum dapat dibuka kepada orang awam pada cuti Aidilfitri ini.

Jurucakap Kementerian Kerja Raya (KKR) berkata, laluan itu masih ditutup bagi laluan orang awam kerana kerja pembaikan masih dilaksanakan sehingga kini.

“Kerja pembaikan sedang dilaksanakan… perbincangan dengan penguasa projek (SO) tempoh hari memaklumkan laluan masih ditutup pada orang awam,” katanya kepada BH, di sini.

Jalan Batang Kali-Genting Highlands ditutup selepas tragedi tanah runtuh berlaku di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali pada 16 Disember 2022 sehingga mengorbankan 31 nyawa, manakala 61 mangsa terselamat.

Pada Disember 2022, KKR memaklumkan jalan Batang Kali-Genting Highlands dijangka ditutup selama setahun bagi membolehkan kerja membaiki cerun dan jalan di kawasan insiden tanah runtuh dilakukan.

November tahun lalu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Izham Hashim dilaporkan berkata, laluan itu dijangka dibuka selewat-lewatnya, bulan depan.

Projek pembaikan itu menelan kos sehingga RM19 juta dan sudah mencapai tahap 38.6 peratus siap sehingga November lalu.

Sumber: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA

Ayer Keroh – Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita, U Thanusaa …

TEMPAT KERJA PERLU JADI BENTENG AWAL BANTERAS DADAH – RINA

RASMI: Rina (Tengah) Ketika Hadir Merasmikan Seminar Pemerkasaan Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) Negeri Sabah. KOTA KINABALU: Tempat kerja perlu …

PETROL, LPG DAN MINYAK MASAK RM104,138 DIRAMPAS DI TAWAU

RAMPAS: Suspek Bersama Barangan Kawalan Bersubsidi Yang Dirampas Diserahkan Kepada KPDN Untuk Tindakan Dan Siasatan Lanjut. TAWAU: Sebanyak 220 liter …