3,327 PEKERJA ASING DI TERENGGANU DIANGGAP PATI JIKA TIDAK MEMBUAT PENGECAMAN SISTEM BIOMETRIK

Seramai 3,327 pekerja asing yang didaftarkan menerusi program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 di Terengganu belum tampil untuk membuat verifikasi melalui pengecaman sistem biometrik yang berakhir pada Ahad lalu.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu, Azhar Abd Hamid berkata, status mereka yang gagal berbuat demikian akan dianggap sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI) bermula Isnin. Menurutnya, seramai 3,528 daripada keseluruhan 6,855 pekerja asing yang didaftarkan di RTK 2-0 di Terengganu telah membuat verifikasi melalui sistem tersebut.

Hanya lebih separuh daripada jumlah warga asing yang hadir ke JIM Terengganu untuk membuat pengesahan sistem biometrik dalam tempoh yang ditetapkan kerajaan. Mengikut peraturan yang ditetapkan Kementerian Dalam Negeri, pengeluaran Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) untuk pekerja yang gagal membuat pengesahan itu akan dihentikan pada 30 Jun depan.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

DISIPLIN DI JALAN RAYA: KESELAMATAN BERMULA DARIPADA KITA

Patuhi lampu isyarat merupakan salah satu peraturan jalan raya paling asas yang wajib dipatuhi oleh setiap pemandu dan penunggang di …