๐—ข๐—ฃ๐—ฆ ๐—ž๐—›๐—”๐—ฆ ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—”๐—œ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—™๐—œ๐—ง๐—ฅ๐—œ ( ๐—›๐—ฅ๐—” ) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

 

JPJ Negeri Pulau Pinang melaksanakan Ops Khas HRA 2024 bermula 1 April 2024 sehingga 20 April 2024. Penguatkuasaan ini melibatkan keanggotaan seramai 108 anggota penguatkuasa JPJ Negeri Pulau Pinang.

Objektif Penguatkuasaan dan Kaedah Pelaksanaan OPS HRA 2024

i) Memastikan kelancaran pergerakan perjalanan pengguna jalan raya dengan lebih selamat berteraskan slogan โ€˜Pandu Cermat dan Sentiasa Selamat Sampai ke Destinasiโ€™.
ii) Memastikan pengurusan aktiviti penguatkuasaan HRA 2024 dilaksanakan dengan lebih efektif bagi mencapai sasaran pengurangan kadar kemalangan dan kematian akibat kemalangan jalan raya.
iii) Meningkatkan Perception of Being Caught ( POBC ) dengan meningkatkan pemantauan dan rondaan di kawasan kerap kemalangan.
iv) Kaedah Penguatkuasaan secara penyamaran dengan menggunakan kenderaan unmarked untuk merekodkan kesalahan trafik dan penyamaran sebagai penumpang Bas Ekspres.
v) Menguatkuasakan dengan tegas 9 kesalahan utama,
1) Tidak mematuhi had laju
2) Tidak mematuhi isyarat lalu lintas lampu merah
3) Memotong di garisan berkembar
4) Memandu di lorong kecemasan
5) Memotong barisan
6) Menggunakan telefon bimbit
7) Tidak memakai tali pinggang/ topi keledar
๐Ÿ˜Ž Memandu kenderaan berat di lorong laju, dan
9) Lebih Muatan.
vi) Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan bermula 8-9 April 2024 dan 13-14 April 2024 bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya kearah mengurangkan kadar kemalangan dan kematian akibat kemalangan dalam tempoh HRA 2024 dilaksanakan.
Dengan pelaksanaan Ops HRA 2024 ini, adalah diharapkan dapat melandaikan kemalangan dan kematian dan membudayakan pematuhan undang-undang serta memupuk rasa bersalah apabila melakukan pelanggaran peraturan jalan raya. Keselamatan di Jalan Raya Tanggungjawab Kita Bersama.
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinangย https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

 

Artikel/Berita Terkini

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …

THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA

Ayer Keroh โ€“ Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita, U Thanusaa …

TEMPAT KERJA PERLU JADI BENTENG AWAL BANTERAS DADAH โ€“ RINA

RASMI: Rina (Tengah) Ketika Hadir Merasmikan Seminar Pemerkasaan Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) Negeri Sabah. KOTA KINABALU: Tempat kerja perlu …