KEMENTERIAN KOMUNIKASI BERCADANG ANJUR JELAJAH TINGKAT KESEDARAN DAN PEMAHAMAN TENTANG KESELAMATAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM KALANGAN KANAK-KANAK
Kementerian Komunikasi bercadang mengadakan jelajah bersama Kementerian Pendidikan bagi meningkatkan kesedaran dan pemahaman tentang keselamatan penggunaan media sosial terutama TikTok dalam kalangan kanak-kanak bawah umur. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau telah berhubung dengan pejabat Menteri Pendidikan bagi menyatakan hasrat itu.