ELAK PEMBAKARAN TERBUKA KETIKA MUSIM PANAS

Negara kini sedang berada di penghujung Monsun Timur Laut (MTL) sehingga akhir Mac 2024. Sepanjang tempoh ini, taburan hujan akan berkurangan di seluruh negara dan menyebabkan cuaca panas dan kering khususnya di negeri di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka terutama di kawasan yang mudah terbakar seperti tanah gambut serta tapak pelupusan sampah kerana ketika ini negara sedang mengalami cuaca panas dan kering. Sebagai persediaan mendepani cuaca panas dan kering, semua pihak diingatkan supaya tidak mencemarkan udara dengan melaksanakan langkah-langkah mencegah pembakaran terbuka.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ketika ini merekodkan peningkatan panggilan kecemasan mendadak berhubung kejadian kebakaran kawasan lapangan dan hutan susulan cuaca panas melanda negara ketika ini. Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca kering dan panas dengan suhu melebihi 35 darjah selsius berlaku di kebanyakan tempat di Semenanjung Malaysia dan Sabah sehingga April 2024. Keadaan itu yang dialami ketika ini di kebanyakan kawasan di seluruh negara dijangka beransur pulih menjelang pertengahan April. Ia susulan permulaan fasa peralihan monsun yang dijangka bermula 29 Mac dan berterusan hingga Mei, menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut yang berlaku sejak 11 November lalu.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …