34,871 LITER MINYAK DIESEL DISITA KPDN KELANTAN

KUALA KRAI : Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah mengadakan Ops Bersepadu Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor Tumpat di sekitar Kuala Krai, Kelantan.
Lokasi kejadian di Kuala Krai, Kelantan sekitar jam 3.00 petang kelmarin pada Rabu telah menyita anggaran 34,871 liter minyak diesel ditemui.
Terdahulu maklumat pasukan risikan menyatakan premis perniagaan tersebut dijadikan stor simpanan barang kawalan, disyaki akan diselewengkan dengan dijual kepada industri, perladangan dan pertanian.
Risikan awal pasukan, saspek membuat pengisian minyak diesel berulangkali menggunakan lori pengerak utama di stesen-stesen minyak sekitar Kuala Krai, Kelantan dan kemudian dikumpulkan dan dijual semula dengan harga yang tinggi.
Kesemua barang kawalan diisi dalam tong-tong jerikin dijumpai bersama pengerak utama dua buah, semi treler tangki sebuah didalam premis perniagaan berkenaan disita pasukan operasi.
Seorang lelaki tempatan berusia 60 an merupakan pemilik premis ditahan bersama untuk siasatan lanjut, seterusnya kes akan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
Nilai rampasan barang kawalan anggaran 34,871 liter adalah RM74,972.65 manakala kenderaan yang disita dengan nilai RM 154,972.65.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …