WARGA ASING DITAHAN MEMILIKI SYABU DI TAWAU

TAWAU (27 Mac): Polis menahan seorang lelaki warga asing serta merampas dadah jenis syabu seberat 51.57 gram di sekitar kawasan Kampung Vietnam, Tawau di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, suspek berusia 41 Tahun dilakukan kira-kira jam 10.40 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND), Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

Katanya, bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau membuat serbuan di tepi sebuah rumah tidak bernombor di sekitar kawasan Kampung Vietnam, Tawau.

“Pihak Polis kemudian menahan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan yang berada di tepi rumah tersebut.

“Hasil pemeriksaan lanjut, suspek telah menyerahkan satu bungkus paket plastik lutsinar berisi bahan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat kasar 51.57 gram dengan harga pasaran berjumlah RM5160.00,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Jasmin berkata, pemeriksaan dokumentasi mendapati, suspek tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri dan dipercayai warganegara asing.

“Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau untuk tindakan lanjut dan hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine. “Suspek direman untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelas Jasmin.

Menurutnya, polis memberi amaran keras tidak akan berkompromi dalam menangani isu dadah mahupun jenayah yang berlaku di bawah daerah ini serta akan tetap menjalankan operasi berterusan sepanjang bulan Ramadhan sehingga perayaan Aidilfitri dengan lebih agresif.

 

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Sabah News Today

 

Artikel/Berita Terkini

PAHANG SALUR RM1.2 JUTA UNTUK PROGRAM CELIK AL-QURAN OKU PENGLIHATAN

KUANTAN: Kerajaan negeri menyalurkan peruntukan RM1.2 juta melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi Program Celik al-Quran Braille untuk golongan orang …
Maklumat Lanjut

PENTINGKAH KEAMANAN DAN KEDAMAIAN DALAM SESEBUAH NEGARA?

Saban hari, persoalan tersebut sering bermain di fikiran setiap generasi muda yang baru hendak melangkah ke alam dewasa. Di mana …
Maklumat Lanjut

PENGETAHUAN CPR MASIH RENDAH DIKALANGAN MASYARAKAT KITA

Pengetahuan asas bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dalam kalangan masyarakat  di negara ini masih rendah meskipun bilangan kes kematian mengejut dilaporkan …
Maklumat Lanjut