PROGRAM KACAU BUBUR LAMBUK BERSAMA AGENSI KESELAMATAN (PDRM) NEGERI MELAKA

Ayer Keroh – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Melaka dengan kerjasama Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka telah mengadakan Program Kacau Bubur Lambuk bersama Agensi Keselamatan (PDRM) Negeri Melaka. Ianya merupakan program kolaborasi bersama agensi keselamatan yang bertindak sebagai peneraju utama keselamatan negeri.

Program ini telah dilaksanakan di Surau Al – Majid, Kompleks Perumahan Polis Seri Temenggung, Ayer Keroh dan melibatkan seramai 30 anggota polis dan kakitangan MKN Negeri Melaka. Program berkonsepkan gotong – royong ini bagi membolehkan rakan-rakan strategik meluaskan jaringan hubungan komunikasi disamping berkongsi maklumat berkaitan peranan dan tugas dalam bidang masing-masing.

Turut hadir bagi mengedarkan bubur lambuk adalah Ketua Cawangan Khas (KCK), IPK Melaka, YDH ACP Zulkifli bin Arin. Sebanyak 700 bungkus bubur lambuk diedarkan kepada anggota keselamatan dan komuniti setempat di perkarangan lobi IPK Melaka.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …