MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PROGRAM MEMBUDAYAKAN AL-QURAN PERINGKAT NEGERI JOHOR

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran Program Membudayakan Al-Quran Peringkat Negeri Johor di Masjid Bandar Pontian, hari ini.
Turut mengiringi keberangkatan Baginda adalah Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim dan suami, Dato’ Dennis Muhammad Bin Abdullah serta Keluarga DiRaja Johor.
Pada majlis sama, Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor selaku Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) berkenan menyampaikan Kurniaan Bantuan Zakat Majlis Agama Islam Negeri Johor Tahun 1445H/2024M.
Antaranya, sumbangan bantuan hari raya kepada fakir dan miskin Negeri Johor berjumlah RM14.6 juta serta RM500,000 masing-masing kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor, Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor dan Yayasan Sultan Ibrahim Johor.
Selain itu, Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail mengurniakan sumbangan berjumlah RM3 juta kepada Kerajaan Negeri untuk Bantuan Kasih Johor yang diterima oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor.
Kurniaan sumbangan turut disampaikan kepada hospital-hospital kerajaan di Negeri Johor; Tabung Pembangunan Masjid, Surau dan Pengurusan Tanah Perkuburan Negeri Johor; Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Negeri Johor serta Persatuan Veteran Polis.
Mungkin imej 7 orang, tudung kepala dan teks
Mungkin imej 7 orang, dais dan teks
Mungkin imej 6 orang, dais dan teks
Mungkin imej satu orang atau lebih, dais dan teks
Mungkin imej 6 orang, dais dan teks
Mungkin imej 4 orang, tudung kepala, dais dan teks
Mungkin imej 6 orang dan teks
Mungkin imej 5 orang dan teks
Mungkin imej 6 orang, tudung kepala dan teks
Mungkin imej 6 orang, dais dan teks
Mungkin imej 9 orang dan teks
Mungkin imej 9 orang, dais dan teks
Mungkin imej 8 orang, dais dan teks
Mungkin imej 5 orang, dais dan teks
Mungkin imej 4 orang, dais dan teks
Mungkin imej 8 orang, dais dan teks

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …