HOSPITAL PASIR GUDANG SIAP SEPENUHNYA MAC 2025

Keprihatinan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terhadap aspek kemudahan penjagaan kesihatan Johor yang menjadi keperluan rakyat sememangnya tidak boleh dinafikan. Keperluan menaik taraf bangunan sedia ada melibatkan Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru selain membina hospital baharu termasuk Hospital Pasir Gudang telah diperjuangkan oleh Baginda Pemangku Sultan Johor sejak tahun 2018 lagi.
Untuk rekod, kelulusan bagi pembinaan Hospital Pasir Gudang telah diumumkan dalam Bajet 2016 oleh YBhg. Dato’ Seri Najib Razak, Perdana Menteri pada ketika itu dan majlis pecah tanah telah disempurnakan YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin yang merupakan Menteri Besar Johor pada tahun 2018. Bagaimanapun, pembinaannya tergendala seketika sebelum ia disambung semula.
Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor komited memastikan pembinaan Hospital Pasir Gudang berjalan lancar bagi memenuhi keperluan warga setempat seterusnya mengatasi kesesakan hospital kerajaan lain di Johor Bahru. Keseriusan ini selari dengan iltizam meningkatkan sistem penyampaian dan kualiti kesihatan Bangsa Johor yang bertepatan dengan aspirasi Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut