TRADISI KETUK GENTA DI TERENGGANU SEPANJANG RAMADAN

Menurut catatan sejarah, genta dihasilkan berhampiran Istana Maziah oleh seorang tukang tembaga iaitu Wan Ali Wan Awang, dibantu beberapa tukang lain dan tugas membunyikan genta dahulunya dipikul ‘budak raja’ sebagai pemakluman untuk pelbagai keadaan kepada orang ramai, seperti ketika negeri diserang musuh dan sebagainya.

Dihasilkan ketika pemerintahan Sultan Zainal Abidin III pada 1908, genta diperbuat daripada daripada tembaga kuning berukuran kira-kira 228 sentimeter (cm) dan tinggi 70cm serta seberat 175 kilogram.

Setelah mendengar bunyi pukulan genta, penduduk kampung ketika itu akan berkumpul di luar Istana Maziah yang berada di kaki Bukit Puteri, untuk mengetahui apakah yang berlaku atau menerima arahan selanjutnya daripada pihak Istana.

Kini, ketukan genta juga antara tradisi yang masih diteruskan dan begitu sinonim bagi sebahagian masyarakat di Terengganu sepanjang bulan Ramadan. Bagi sebahagian penduduk di Bandaraya Kuala Terengganu ini, bunyi ketukan genta atau loceng besar masih menjadi ‘penggera’ untuk berbuka puasa, sahur dan imsak.

Bunyi nyaring pukulan genta besi atau loceng besar yang berusia ratusan itu boleh didengari pada jarak kira-kira dua kilometer dan akan bergema 30 minit sebelum magrib serta awal pagi.

Sepanjang bulan Ramadan, genta dipukul tiga kali sehari iaitu tujuh pukulan pada 30 minit sebelum berbuka puasa, 36 pukulan pada pukul 1 pagi untuk waktu sahur dan empat pukulan pada setengah jam sebelum imsak.

Tugas memukul genta itu kini dipikul Muizzuddin Mansor, 25, dan sepupunya Muhammad Hamidi Aminuddin, 30, iaitu generasi ketiga setelah diamanahkan ayah Muizzuddin, Mansor Awang, 74, yang uzur selepas dipertanggungjawabkan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Menurut Muizzuddin, ayahnya sebagai generasi kedua menggalas tugas itu sejak 1960-an, selepas diwariskan daripada bapa saudaranya (datuk saudara Muizzuddin) sejak berusia 20 tahun. Selain itu, seminggu sebelum Ramadan, beliau akan ke Muzium negeri untuk mengambil kunci Pondok Genta dan pemukul genta yang disimpan di sana.

Tambahan lagi, pukul genta ini ada langkahnya. Contoh untuk 36 kali pukulan pada pukul 1 pagi. Ia akan dipecahkan kepada tiga set iaitu 12 kali setiap set dengan kelajuan pukulan dari perlahan dan semakin bertambah.

Selain genta, tradisi meletupkan bedil pada waktu berbuka puasa dan imsak juga masih diteruskan di negeri Terengganu.

 

Sumber: SinarHarian

Artikel/Berita Terkini

KPDN SABAH RAMPAS 7,380 LITER MINYAK DIESEL

KOTA KINABALU (10 Mei): Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah berjaya menumpaskan kegiatan penyelewengan barang kawalan …
Maklumat Lanjut

RM1.41 BILION PERUNTUKAN LUAR BANDAR DI SABAH TAHUN INI

KOTA KINABALU (10 Mei): Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM1.41 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek atau program pembangunan …
Maklumat Lanjut

LELAKI WARGA KOREA DIDAKWA GUNA DOKUMEN PALSU

KOTA KINABALU (10 Mei): Seorang lelaki warga Korea dihadapkan di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dakwaan menggunakan dokumen …
Maklumat Lanjut