π—žπ—¨π—‘π—π—¨π—‘π—šπ—”π—‘ 𝗛𝗒π—₯𝗠𝗔𝗧

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Pulau Pinang telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Sabri bin Said, Pengarah Penerangan Negeri Pulau Pinang.

Antara agenda kunjungan hormat tersebut adalah bagi membincangkan serta merangka pelan tindakan komunikasi yang lebih berkesan dalam usaha memastikan masyarakat peka terhadap kepentingan serta keperluan menderma darah.

Kunjungan hormat tersebut juga merupakan platform bagi membincang dan mengeratkan hubungan antara Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Pulau Pinang dan Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Pulau Pinang.
Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia, Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/japenpenang

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut