PELANCARAN ‘WALKABOUT’ KEMPEN KESELAMATAN MAKANAN DI BAZAR RAMADAN

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) cakna terhadap isu kepentingan keselamatan makanan yang dijual sepanjang bulan Ramadan. Jabatan ini terus berkolaborasi dengan pelbagai agensi terutama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan juga persatuan badan bukan kerajaan dalam memperkukuhkan dan melaksanakan aktiviti pemantauan sebelum dan semasa bulan Ramadan. Segala usaha ini giat dijalankan di semua peringkat rantaian makanan meliputi bahan mentah khususnya bekalan air batu sehingga ke tempat perniagaan makanan dan minuman tersebut. BKKM turut membuat ujian terhadap sampel makanan secara rawak bagi mengenalpasti tahap kebersihan dan keselamatan makanan yang dijual.
Diharapkan dengan usaha pelaksanaan pemantauan dan penguatkuasaan secara berterusan yang telah dijalankan oleh jabatan ini dapat menjamin keselamatan dan kualiti makanan kepada para pengguna. Pihak BKKM sentiasa peduli berkenaan risiko yang dapat mengancam kesihatan dan keselamatan para pengguna.

Artikel/Berita Terkini

RUMAH TERBUKA TAHUN BAHARU CINA PERINGKAT NEGERI DI SICC 17 FEBRUARI

JAFRY KOTA KINABALU: Majlis Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri akan diadakan pada 17 Februari ini bermula jam …

EDAR SERBUK EKSTASI, KETAMIN LELAKI DITAHAN JSJN SABAH

TUMPAS: Rampasan dan tangkapan dadah direkodkan JSJN Sabah. PENAMPANG: Kegiatan seorang lelaki mengedar dadah jenis serbuk ekstasi dan ketamin terbongkar …

PROGRAM JUALAN AGRO MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) PROGRAM JUALAN …