𝗣𝗘𝗡𝗘𝗠𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗬𝗔𝗧 𝗟𝗘𝗟𝗔𝗞𝗜 𝗗𝗜 𝗣𝗔𝗡𝗧𝗔𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗗𝗔𝗡𝗚, 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗕𝗜𝗡𝗧𝗔𝗡, 𝗜𝗡𝗗𝗢𝗡𝗘𝗦𝗜𝗔 𝗗𝗜𝗦𝗔𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗟𝗔𝗬𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗥𝗦𝗜𝗡𝗚 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗛𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚 .

𝗠𝗘𝗥𝗦𝗜𝗡𝗚, 𝟮𝟯 𝗠𝗮𝗰 – Penemuan mayat seorang lelaki yang dilaporkan terdampar di pantai Pengudang di Pulau Bintan, Indonesia pada 15 Mac lalu disahkan nelayan Mersing yang telah dilaporkan hilang baru-baru ini.
Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria berkata pihak Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru telah menerima maklumat daripada Polis Republik Indonesia (POLRI) mengenai penemuan tersebut yang dipercayai mangsa kru bot nelayan yang jatuh laut di Pulau Pemanggil pada 8 Mac lalu berdasarkan pakaian pada mayat tersebut.
Susulan itu, pihak MRSC Johor Bahru telah membantu pengurusan bagi membawa ahli keluarga mangsa ke Pulau Bintan bagi proses pengecaman dan pengesahan mayat di Rumah Sakit Umum Daerah Raja Ahmad Tabib Provinsi Kepri-Tanjung Pinang.
Kakak mangsa telah membuat pengesahan bahawa mayat yang ditemui merupakan Muhamad Sufian bin Alwi, 32 yang dilaporkan hilang di laut sewaktu menarik pukat di perairan Pulau Pemanggil pada 8 Mac yang lalu.
Mayat mangsa telah hanyut sejauh 86.3 batu nautika (160 km)daripada lokasi mangsa dilaporkan hilang.
Pihak MRSC Johor Bahru menzahirkan takziah kepada keluarga mangsa dan merakamkan penghargaan kepada pihak berkuasa Indonesia iaitu pihak Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS), POLRES Bintan, Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) di Johor Bahru dan semua pihak yang membantu melaksanakan Op Carilamat yang telah ditutup dengan penemuan mangsa ini.
.
Mungkin imej 6 orang
Mungkin imej 5 orang dan teks yang berkata 'Selamat Datang Di POLRES BINTAN POSKO "OPERASI MANTAP BRATA SELIGI 2023-2024" POLRES BINTAN 1202'
Mungkin imej 6 orang, Orang yang belajar dan meja

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut