ANGGOTA BOMBA WANITA CEDERA TERKENA RENJATAN

KOTA KINABALU: Seorang anggota bomba wanita dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas mengalami kecederaan selepas terkena renjatan elektrik ketika memadam kebakaran di Kampung Keliangau 2, Tebobon, Menggatal dekat sini, Rabu.

Mangsa, Samantha Echa Sigah, 36, dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) di sini untuk mendapatkan rawatan selanjutnya dan keadaannya dilaporkan stabil.

Ketua BBP Lintas Agustavia Joe Guasi berkata pihaknya menerima kecemasan mengenai kebakaran itu jam 10.05 pagi dan menggerakkan sepasukan anggota bersama jentera bomba dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke tempat kejadian yang terletak kira-kira 10 kilometer dari balai berkenaan.

Beliau berkata kebakaran itu membabitkan rumah serta sebuah bengkel persendirian, dan turut terbakar sepenuhnya tiga kenderaan pacuan empat roda dan sebuah kereta Perodua Kancil.

“Operasi memadam kebakaran menggunakan sumber air dari jentera dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 10.44 pagi,” katanya ketika dihubungi pemberita, Rabu. Operasi memadam kebakaran dibantu pasukan BBP Kota Kinabalu dan agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) turut berada di lokasi kejadian.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Harian Ekspres Sabah

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …