ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π’πˆπŒππ”π‹ πŠπ€π’πˆπ‡ π‘π€πŒπ€πƒπ€π ππ„π‘π’π€πŒπ€ πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ π“π„π‹π”πŠ πŠπ”πŒππ€π‘

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Bersempena ketibaan bulan Ramadan 1445H yang barakah, Program Simpul Kasih Ramadan Bersama Komuniti Teluk Kumbar telah diadakan pada 20 Mac 2024 (Rabu) bertempat di Masjid Maqbul. Hadir sama dalam program ini adalah Pengarah Keselamatan Negeri MKN Negeri Pulau Pinang, Tuan Asa’ari bin Zainudin serta Pengerusi Masjid Maqbul, Dato’ Prof. Emeritus Muhammad Idiris Saleh.

Program berbuka puasa yang disertai oleh kira-kira 200 orang penduduk sekitar Teluk Kumbar adalah bertujuan untuk mewujudkan platform ramah mesra di antara komuniti daripada pelbagai lapisan umur disamping menerapkan nilai Kesepaduan Nasional selaras dengan salah satu Nilai Teras Dasar Keselamatan Negara 2021-2025.

Sumber : Majlis Keselamatan Negara, Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/mknpenang.msia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …