DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
YDH Supt. Lee Swee Sake; Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut mewakili Ketua Polis Daerah Timur Laut telah meluangkan masa menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama warga kerja PDRM IPD Timur Laut yang telah diadakan di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.
Selesai Majlis Berbuka Puasa, majlis diteruskan dengan solat fardhu Maghrib, solat fardhu Isyak dan solat Sunat Terawih secara berjemaah di Surau IPD Timur Laut. Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Polis Balai dan warga kerja Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.
Sumber : IPD Timur Laut, Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/ipdtimurlaut