INFO KESIHATAN: PELUH-PELUH BULAN RAMADAN

Bulan Ramadan sering dikaitkan dengan kelesuan dan penurunan produktiviti. Sehinggakan ramai yang beranggapan bersenam pada bulan Ramadan ketika sedang menunaikan ibadah puasa adalah sesuatu yang pelik dan kurang sesuai.  Namun, sebenarnya tabiat bersenam pada bulan Ramadan amat bagus untuk kesihatan. Berikut adalah tiga waktu yang paling sesuai untuk bersenam ketika bulan Ramadan:

Sebelum berbuka puasa

Ketika puasa, anda boleh bersenam sesaat sebelum anda buka puasa untuk membakar lemak lebih banyak. Sudah tentu, ini menguntungkan bagi anda yang ingin menurunkan berat badan ketika puasa. Melakukan sukan semasa perut kosong boleh membantu anda dalam menghilangkan lemak lebih banyak. Setelah anda bersenam (menggunakan sisa tenaga anda), anda boleh makan semasa berbuka puasa untuk menggantikan tenaga yang hilang.

 

 

Bersenam sebelum berbuka puasa mungkin merupakan waktu yang baik. Anda mungkin tidak perlu bimbang akan mengalami paras gula dalam darah rendah atau dehidrasi. Namun sila ingat, jangan memaksa diri untuk melakukan sukan yang berlebihan untuk membakar lemak lebih banyak.

Anda masih dalam keadaan puasa dengan sisa tenaga yang sedikit. Oleh itu, senaman yang anda lakukan perlu dihadkan, tidak lebih dari 60 minit. Jangan sampai anda sakit, merasa letih, dan pening selepas bersenam.

Selepas berbuka puasa

Ini merupakan masa yang terbaik untuk anda bersenam ketika puasa. Anda boleh bersenam dua hingga tiga jam selepas berbuka puasa. Tunggu sehingga makanan anda dihadam oleh badan sehingga anda mendapat tenaga untuk bersenam.

Kerana anda sudah makan dan mengisi tubuh anda dengan tenaga, anda boleh melakukan apa-apa jenis senaman yang anda inginkan pada masa ini,dari intensiti ringan hingga berat, termasuk senaman untuk meningkatkan kekuatan dan jisim otot.

 

 

Selepas sahur

Selepas sahur, anda juga boleh melakukan senaman. Badan anda telah menerima tenaga daripada makanan yang anda makan semasa sahur. Anda boleh melakukan senaman pada masa ini. Namun, sebaiknya senaman tersebut adalah sukan dengan intensiti ringan. Sukan selepas sahur adalah baik untuk dilakukan bagi menjaga kecergasan badan sepanjang bulan Ramadan. Namun, sekiranya belum biasa bersenam pada bulan selain Ramadan, anda dinasihatkan supaya tidak terlalu ekstrim dan mengenal keupayaan diri sebelum menetapkan matlamat. Kata orang cerdik pandai, biar sedikit asalkan konsisten.

Selamat bersenam!

Artikel/Berita Terkini

SEREMBAN SENTRAL BAKAL UBAH SEREMBAN JADI PUSAT BANDAR MODEN, SELESA

Projek pembangunan bersepadu Seremban Sentral yang akan dimajukan oleh Sunway Bhd bakal mengubah bandar Seremban yang lama menjadi pusat bandar …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN PERTAHAN CADANGAN PELUPUSAN ANJING LIAR

Kerajaan Negeri Sembilan mempertahankan keputusan melaksanakan pelupusan anjing liar yang dimulakan di kawasan majoriti Melayu demi menyelesaikan masalah umum. Menurut …
Maklumat Lanjut

PATI ‘KEPANASAN’ DISERBU, SANGGUP TERJUN SETINGGI ENAM METER

Nekad terjun dari platform setinggi enam meter dan bersembunyi di celah barang binaan antara gelagat pendatang asing tanpa asing (PATI) …
Maklumat Lanjut