π—žπ—¨π—‘π—π—¨π—‘π—šπ—”π—‘ 𝗛𝗒π—₯𝗠𝗔𝗧 π—£π—˜π—šπ—”π—ͺπ—”π—œ π—£π—˜π—‘π——π—œπ——π—œπ—žπ—”π—‘ π——π—”π—˜π—₯𝗔𝗛 π—žπ—˜ 𝗔𝗧𝗔𝗦 π—žπ—˜π—§π—¨π—” π—£π—’π—Ÿπ—œπ—¦ π——π—”π—˜π—₯𝗔𝗛 π—§π—œπ— π—¨π—₯ π—Ÿπ—”π—¨π—§

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

YDH ACP Razlam bin Ab Hamid, Ketua Polis Daerah Timur Laut menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Encik Mohamad Zawawi bin Ahmad, Pegawai Pendidikan Daerah Timur Laut di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.

Antara agenda kunjungan hormat tersebut adalah bagi membincangkan serta merangka program-program kesedaran dan pencegahan jenayah yang lebih berkesan kepada pelajar yang akan dijalankan pada masa akan datang. Selain itu, menerusi kunjungan hormat ini, dapat menjadi platform untuk perkongsian maklumat tentang masalah-masalah yang berlaku di sekolah sekitar daerah Timur Laut.
Sumber : IPD Timur Laut Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/ipdtimurlaut

Artikel/Berita Terkini

HARMONIKAH KITA? #BLOCKOUT ATAU #MAKIOUT.

Pada 27 Oktober 2023, tentera Israel mula melancarkan serangan darat ke atas Gaza, terutamanya di utara dan Bandar Gaza. Israel …
Maklumat Lanjut

KERJA ADALAH IBADAH DAN AMANAH

IBADAH berasal dari Bahasa Arab yang bererti ketaatan, penghambaan dan penyembahan/ pengagungan. Menurut Ibnu Taimiyyah, ibadah adalah nama yang menggabungkan …
Maklumat Lanjut