INFO KESIHATAN: CEGAH RISIKO KANSER DENGAN BERPUASA

Kajian menunjukkan kesan positif puasa terhadap pelbagai aspek kesihatan termasuk kurangkan pertumbuhan kanser.  Setiap tahun, umat islam seluruh dunia menunaikan ibadat suci berpuasa setiap kali tiba Ramadan.  Individu daripada latar belakang yang berbeza, menerima puasa bukan sahaja untuk kepentingan rohani tetapi juga diguna pakai untuk manfaat kesihatan.

Puasa adalah amalan disiplin memerlukan pengamal untuk menahan diri makan dan minum untuk sesuatu tempoh yang ditetapkan.  Rutin ini membolehkan system pencernaan badan berehat dan memulih.  Walaupun secara tradisional ia dikaitkan dengan ritual keagamaan, puasa mendapat perhatian meluas daripada peminat kesihatan dan pakar pemakanan.

Puasa berselang atau dikenali sebagai ‘intermittent fasting’, secara khususnya, antara strategi atau rutin kegemaran yang menjadi pilihan dalam kalangan mereka yang ingin mendapatkan berat badan ideal dan badan yang sihat.  Dengan mengehadkan pengambilan kalori dan meningkatkan metabolisme, berpuasa menggalakkan penurunan berat badan, mengurangkan paras gula dalam darah dan meningkatkan kepekaan insulin.

Ia terbukti mengurangi keradangan dalam badan, menurunkan tekanan darah dan memperbaiki profil lipid, dengan itu membantu mengurangkan risiko mendapat penyakit.


20 juta kes kanser baharu

Pada 2022, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan ada 20 juta kes kanser baharu dengan membabitkan 9.7 juta kematian.

Faktor pemakanan terbukti berperanan penting dalam risiko mendapat kanser, menjadikan puasa sebagai langkah pilihan terapeutik yang berpotensi berkesan.

Puasa meningkatkan ‘autophagy’ iaitu proses ini penting dalam membantu membuat komponen sel yang rosak atau tidak berfungsi, dengan itu menguatkan lagi pertahanan badan terhadap pertumbuhan sel-sel kanser.

Puasa juga didapati menurunkan tahap ekspresi gene yang berkait rapat dengan peningkatan risiko kanser dan kerintangan terhadap rawatan ubat.  Dengan ini, berpuasa boleh membantu mengurangkan pertumbuhan dan percambahan sel kanser, menjadikannya lebih mudah terdedah kepada rawatan konvensional seperti kemoterapi justeru meningkatkan keberkesanan terhadap rawatan.

Puasa juga dapat memupuk rasa sedar diri, mendorong individu untuk mengambil berat dan membuat pemilihan corak pemakanan lebih sihat.  Ini juga sebagai peringatan kepada diri mengenai kebergantungan antara kesihatan minda, tubuh dan rohani secara holistik.  Walaupun begitu,  puasa masih tidak digunakan secara meluas sebagai kaedah untuk merawat kanser kerana banyak lagi kahian yang perlu dilakukan untuk membuktikan keberkesanannya secara klinikal.

Dunia nyata hari ini, dengan bermacam penyakit berkaitan dengan gaya hidup dan peningkatan kos, penjagaan kesihatan yang merisaukan, memanfaatkan puasa sebagai alat terapeutik dan pencegahan dapat menawarkan harapan untuk masa depan yang leibh sihat.

Sumber : bhnews@bh.com.my

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut