PENOREH GETAH DIDAKWA BERI PINJAM WANG TANPA LESEN

Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas pertuduhan memberi pinjaman wang tanpa lesen kepada seorang lelaki di daerah Jempol, tiga tahun lalu. Tertuduh, K Parthiban, 45 membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Norma Ismail.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah menjalankan perniagaan sebagai pemberi pinjaman wang tanpa lesen kepada seorang lelaki berusia 35 tahun dengan jumlah RM6,500. Perbuatan itu dilakukan tertuduh pada 15 Mac 2021 dan 1 Julai 2021 di Ladang Kok Foh Mill, Jempol.Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 5(2) Alta Pemberi Pinjam Wang 1951 (APPW) yang boleh dihukum di bawah seksyen sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM250,000 tetapi tidak melebihi RM1 juta atau penjara selama lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebelum itu tertuduh dalam rayuannya memohon pengurangan wang ikat jaminan berikutan perlu menyara keluarga selain menanggung bapanya yang sakit .Mahkamah seterusnya membenarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan serta menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sehingga kes selesai.Mahkamah kemudiannya menetapkan 22 April ini sebagai sebutan semula kes.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …