KPDN KELANTAN AMBIL TINDAKAN STESEN MINYAK DUA PENYELEWENG DITAHAN

KOTA BHARU 19 Mac : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah menjalankan Ops Khas Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan di sekitar sempadan negara.
Semasa pasukan menjalankan rondaan mengesan sebuah kenderaan sedang membuat pengisian bahan bakar disebuah stesen minyak di Jalan Kuala Krai, Batu 8, Kota Bharu, Kelantan.
Serbuan jam lebih kurang 11.30 pagi tadi saspek leka sedang membuat pengisian kedalam beberapa tong bersama kenderaannya.
Rampasan anggaran 200 liter minyak diesel dan anggaran 40 liter minyak petrol bersama kenderaan berpendaftaran tempatan didalam beberapa bekas tong-tong ketika sedang menjalankan aktiviti tidak bermoral itu.
Turut ditahan dua saspek warga tempatan berusia 44 dan 52 tahun disyaki melakukan penyelewengan barang kawalan, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
Pekerja stesen minyak berumur 20an turut ditahan untuk siasatan lanjut seterusnya pemilik stesen minyak juga disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
Pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan dan tindakan tegas segera diambil KPDN. Sebarang aduan pertanyaan boleh dibuat melalui rasmi disediakan kementerian.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut