JPA SAHKAN POSTER BANTUAN KHAS KEWANGAN RM700 PALSU

KUALA LUMPUR, 20 MAC: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menegaskan poster Bantuan Khas Kewangan Tahun 2024 sebanyak RM700 yang tular di media sosial sejak semalam, palsu.

“Maklumat yang tertera di poster tersebut palsu. Poster itu merupakan dari tahun 2022 yang telah diubah suai,” menurut JPA menerusi status dimuat naik di akaun Facebook.

Turut dilampirkan pada status itu ialah poster palsu berkenaan yang pada bahagian bawah kanan poster itu menunjukkan infografik tersebut disediakan oleh UKK (Unit Komunikasi Korporat) JPA pada Disember 2022.

Poster palsu itu antara lain menyatakan bantuan khas itu akan dibayar pada 5 April 2024.

-BERNAMA

 

Artikel/Berita Terkini

LOKALITI WABAK DENGGI AKTIF NEGERI KELANTAN 2024

Terdapat 11 lokaliti wabak denggi aktif sehingga 12 Mei 2024 • 6 lokaliti di daerah Kota Bharu • 1 lokaliti …
Maklumat Lanjut

TINDAKAN KES DIHASILKAN DIBAWAH AKTA KAWALAN BEKALAN 1961

TANAH MERAH 13 Mei : Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan telah menerima serahan kes daripada Batalion 8 Pasukan Gerakan AM …
Maklumat Lanjut

KAMPUNG BENG DIPILIH KAMPUNG ANGKAT MADANI KDN

LENGGONG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memilih Kampung Beng di sini dijadikan Kampung Angkat Madani kementerian itu dan memperuntukkan RM2.5 juta …
Maklumat Lanjut