KEMAS KINI PADU ELAK TERCICIR BANTUAN, SUBSIDI KERAJAAN

KUALA LUMPUR, 20 MAC: Ada kemungkinan individu yang tidak mengemaskini maklumat dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) akan tertinggal daripada menerima bantuan dan subsidi kerajaan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib berkata kerajaan bagaimanapun boleh menggunakan alternatif seperti pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai agensi sektor awam bagi menyalurkan bantuan kepada individu terlibat.

Beliau berkata ini termasuk data pendaftaran daripada kerajaan negeri dan tempatan serta agensi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) yang terdapat dalam PADU bagi membentuk data komprehensif mengikut individu dan isi rumah.

“Hingga 12 Mac lepas PADU telah mengintegrasikan 314 set data pelbagai agensi yang menjadi asas untuk membentuk profil individu yang komprehensif. Ini termasuk maklumat 8.6 juta pemohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk golongan B40 warganegara Malaysia.

“Oleh yang demikian, kerajaan memohon sokongan dan kerjasama semua pihak bagi meningkatkan usaha mendaftar dalam sistem PADU,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Mohamad Shafizan Kepli (GPS-Batang Lupar) yang ingin tahu apakah terdapat alternatif buat individu yang tidak dapat mendaftar dalam PADU atas pelbagai sebab, dan apakah terdapat jaminan mereka tidak akan ketinggalan daripada mendapatkan kemudahan serta bantuan yang disediakan.

Mengulas lanjut Hanafiah berkata pendaftaran PADU tidak diwajibkan tetapi digalakkan kepada warganegara berumur 18 tahun ke atas dan setakat semalam hampir 6.03 juta atau 27.4 peratus warganegara dan penduduk tetap di Malaysia telah mendaftar sistem tersebut.

– BERNAMA

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut