BEKALAN AIR DI UMS HAMPIR PULIH

KOTA KINABALU (19 Mac): Kira-kira lima juta liter sehari (MLD) bekalan air dijangka dapat disalurkan ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi sistem agihan air di universiti itu dalam masa terdekat.

Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Kasim Mansor berkata, dari jumlah bekalan air yang disalurkan, empat MLD merupakan bekalan yang disalurkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan satu MLD lagi menerusi lapan telaga tiub yang sedang disiapkan.

“Alhamdulilah daripada analisis yang telah kita buat, lapan telaga tiub telah berjaya digerudi dan boleh menjana sekurang-kurangnya satu MLD dan ia dapat menampung kekurangan yang ada selain JANS turut membekalkan air sebanyak empat MLD.

“Jadi dengan adanya telaga tiub itu, jumlah itu boleh menampung keperluan kira-kira 22,000 warga UMS yang berada di kawasan kampus pada siang hari, termasuk pelajar yang tinggal di kolej kediaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sungkai Perdana UMS di Pusat Islam UMS, di sini malam tadi.

Hadir sama, isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah RM Jasni dan Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Sementara itu, Dr Kasim berkata, semua enam telaga tiub yang dibina menerusi peruntukan berjumlah RM3 juta yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mei tahun lalu kini sudah siap digerudi.

Katanya, ketika ini kontraktor sedang menyiapkan sistem takungan dan kerja perpaipan ke kolej kediaman pelajar dengan tiga daripadanya dijangka siap sepenuhnya seperti yang dijadualkan pada 26 Mac ini.

“Manakala tiga lagi bersama dua telaga yang dibiayai menerusi peruntukan RM2 juta dari Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hanya dijangka siap pada April depan.

“Pada masa ini, semua penggerudian sudah dibuat, kandungan air juga sudah diuji dan keputusannya kita sudah tahu, jadi sekarang kontraktor sedang melaksanakan urusan membina takungan air dan kerja berkaitan, selain paip pengagihan ke kolej kediaman,” katanya.

JANS sebelum ini berdepan kesukaran untuk menyalurkan air yang mencukupi di kampus UMS disebabkan kapasiti air dari Loji Rawatan Air (LRA) Telibong di Tuaran berada pada di bawah kadar permintaan.

Namun, difahamkan situasi itu bertambah baik dengan siapnya LRA Telibong 2 Fasa Dua pada akhir tahun lalu, disusuli penyiapan kerja penyambungan paip pada bulan lalu.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Sabah Media

 

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut