DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah menjalankan penguatkuasaan Khas Ops Ulat, iaitu melanggan penumpang dan menawarkan perkhidmatan kereta sewa tanpa lesen atau secara haram, di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Seorang pemandu kenderaan persendirian dikenalpasti menjalankan aktiviti mengambil penumpang di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas telah dikenakan tindakan dibawah Seksyen 16 APAD 2010, iaitu Tiada Lesen Pengendali.
Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang



