DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
YDH DCP Datuk Mohamed Usuf bin Jan Mohamad, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang telah mengadakan sidang media berkaitan “𝗞𝗲𝗷𝗮𝘆𝗮𝗮𝗻 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗦𝗶𝗮𝘀𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗝𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗡𝗮𝗿𝗸𝗼𝘁𝗶𝗸 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴” yang berlangsung di Pusat Media, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang telah melancarkan Operasi Tersasar Pembenterasan Aktiviti Pengedaraan Dadah sekitar Pulau Pinang selama (3) hari mulai 14 Mac 2024 hingga 17 Mac 2024 dan (3) operasi berjaya dilaksanakan secara berasingan.
Kesemua kes disiasat di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan hendaklah dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan rotan yang tidak kurang daripada (12) sebatan bagi pesalah yang disabitkan kesalahan.
Sumber : PDRM Pulau Pinang