PENGAJARAN KEWANGAN DI BULAN RAMADAN

Ramadan merupakan bulan suci yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam sepanjang tahun. Sepanjang bulan pelbagai peluang menambah pahala dihidang dan sepanjang sebulan itu juga kita diingatkan untuk mendekati diri dengan agama.

Menguruskan kewangan dengan cermat juga antara tuntutan dalam Islam. Punca datang dan arah belanja harta adalah antara perkara yang akan dipertanggungjawabkan ke atas seorang Muslim pada hari akhirat kelak. Maka adalah baik jika keberkatan dan pengajaran yang diperoleh daripada bulan Ramadan diterjemahkan ke dalam strategi pengurusan kewangan.

Disiplin diri ketika berbelanja

Ramadan mengajarkan tentang disiplin diri. Pengurusan masa perlu cekap seperti perancangan untuk bangun sahur, memelihara solat dan berbuka. Seterusnya masa-masa untuk melakukan ibadah sunat. Disiplin diri boleh diterapkan dalam menahan diri membazir ketika berbelanja apabila kita dapat membezakan antara keperluan mustahak dengan kehendak peribadi.

Belanjawan dan perancangan kewangan

Dalam keadaan situasi semasa, perancangan kewangan yang teliti perlu dilaksanakan. Belanjawan bulanan membantu untuk menjejak perbelanjaan dan pendapatan. Perancangan kewangan pada bulan Ramadan ini boleh diteruskan dalam bulan-bulan seterusnya bagi mengenal pasti perkara yang perlukan penjimatan dan merancang simpanan dengan lebih baik.

Perkara ini berkait rapat dengan isu belanjawan dan ibadah puasa. Apabila Β belanjawan telah dirancang awal, perbelanjaan yang sia-sia boleh diketepikan untuk memberi ruang kepada perbelanjaan yang lebih bermanfaat.

Menjadi tangan yang memberi

Antara tujuan puasa adalah untuk merasai empati dengan nasib mereka yang kurang bernasib baik. Puasa juga bertujuan menebalkan rasa syukur Β dan keinsafan dalam diri. Ramadan secara tidak langsung mengajar bahawa dalam rezeki yang dimiliki, ada sebahagiannya milik orang lain. Maka, bersedekahlah dan memberilah.

Kesyukuran dan perbelanjaan berhemah

Ramadan dapat menebalkan rasa syukur dalam diri. Apabila diletakkan dalam konteks pengurusan kewangan, kesyukuran bermaksud faham akan β€˜rasa cukup’. Tidak lagi meletakkan perhatian pada hal yang tidak ada. Rasa tak cukup adalah racun dalam pengurusan kewangan. Ia buat kita selalu mahuberbelanja walaupun pembelian itu tidak rasional dan betul-betul bermanfaat.

Nilai waktu

Setiap minit di waktu siang Ramadan amat dihargai kerana setiapnya memberi pahala kepada yang berpuasa. Mensyukuri setiap minit di waktu malam Ramadan pula kerana ruang mengumpul pahala dibentang seluasnya. Begitulah berharganya waktu di bulan Ramadan. Justeru, Ramadan mengajar kita memanfaatkan waktu dengan keutamaan terhadap ibadah dalam perancangan kewangan serta menyusun sasaran jelas dan menggerakkannya dengan bersungguh-sungguh.

Dengan menghargai waktu, kita lebih jelas ketika membuat keputusan kewangan. Kita sedar, langkah-langkah kecil yang diambil dalam selang waktu pendek boleh membuahkan impak yang besar kepada kewangan peribadi.

Artikel/Berita Terkini

KE MANA HALA TUJU

Kehidupan ibarat sebuah kenderaan; kita perlu pandu ia ke landasan yang betul untuk sampai ke destinasi yang diidamkan. Seperti pemandu …
Maklumat Lanjut

HARMONIKAH KITA? #BLOCKOUT ATAU #MAKIOUT.

Pada 27 Oktober 2023, tentera Israel mula melancarkan serangan darat ke atas Gaza, terutamanya di utara dan Bandar Gaza. Israel …
Maklumat Lanjut

KERJA ADALAH IBADAH DAN AMANAH

IBADAH berasal dari Bahasa Arab yang bererti ketaatan, penghambaan dan penyembahan/ pengagungan. Menurut Ibnu Taimiyyah, ibadah adalah nama yang menggabungkan …
Maklumat Lanjut