DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Pada 18 Mac 2024, satu sesi kunjungan hormat telah diadakan antara Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara Negeri Pulau Pinang (MKNPP), YBrs. Tuan Asaβari bin Zainudin ke atas Pengarah Perhutanan Negeri, Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang, YBrs. Tuan Muhammad Ezhar bin Yusuf di Pejabat Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang, Aras 34, KOMTAR.
Tujuan kunjungan tersebut diadakan adalah bagi membincangkan kerjasama strategik antara agensi yang dapat dilakukan disamping perkongsian pendapat dan idea demi mengukuhkan lagi keselamatan Negeri Pulau Pinang secara khususnya dengan berteraskan pendekatan konsep ‘Keselamatan Menyeluruh’.
Sumber : MKN Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/mknpenang.msia