PATI INDONESIA PALING RAMAI SERTAI PRM DI NEGERI SEMBILAN

Jabatan Imigresen (Imigresen) Negeri Sembilan menerima 787 permohonan pendatang asing tanpa izin (PATI) bagi menyertai Program Repatriasi Migran (PRM) sejak 1 Mac lalu. Menurut Pengarah Imigresen Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kiang, berkata daripada jumlah itu, Indonesia mencatatkan bilangan paling tinggi iaitu 443 orang, termasuk 19 daripadanya kanak-kanak. Ia diikuti Bangladesh (118), India (74), Pakistan (45), Myanmar (42), Nepal (30), Sri Lanka (22), Nigeria dan Filipina (tiga), Tanzania (dua) dan China, Thailand, Vietnam, Yamen, Libya dan Lebanon, masing-masing satu. Kesemua PATI ini adalah mereka yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 bagi kesalahan tidak memiliki sebarang pas yang sah untuk berada di negara ini. Selain itu, Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal lebih masa.

Bukan kesemuanya PATI yang ditemui dari Negeri Sembilan, sebaliknya datang berurusan di sini kerana pejabat Imigresen di tempat mereka penuh. Warga Indonesia paling tinggi tampil menyerah diri disebabkan ramai yang ingin pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri, tidak lama lagi. Lebih ramai PATI diharap mengambil kesempatan menerusi program berkenaan untuk pulang ke negara asal mereka bagi mengelak dikenakan pendakwaan sekiranya ditangkap. Syaratnya perlu ada dokumen pengenalan diri yang sah dan memiliki tiket perjalanan pulang ke negara asal yang tidak melebihi 14 hari dari tarikh datang ke pejabat.

Berhubung Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 (RTK 2.0), setakat ini, hanya 65 peratus majikan tampil melakukan proses verifikasi terhadap pekerja asing mereka. Majikan diharap peka mengenainya kerana program berkenaan akan tamat pada hujung bulan ini.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut