TUARAN CATAT KES KEBAKARAN TERBUKA TERTINGGI

KOTA KINABALU (13 Mac): Daerah Tuaran mencatat kes kebakaran terbuka melibatkan lalang, belukar dan hutan tertinggi di negeri ini dengan merekodkan sebanyak 207 kes setakat ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Abdul Razak Muda berkata, jumlah itu direkodkan di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran bermula awal Januari lalu sehingga hari ini.

“Berdasarkan jumlah yang direkodkan oleh BBP di seluruh Sabah, daerah Kota Belud turut merekodkan jumlah kes kebakaran lalang, belukar dan hutan tertinggi iaitu sebanyak 136 kes; Kota Kinabalu (90 kes); Lintas (75); Penampang (60); Kuala Penyu (56); Kimanis (55) dan Papar (50).

“Turut mencatatkan kes sama adalah di BBP Keningau sebanyak 39 kes; Sipitang (33); Tawau (33); Beaufort (22); Sook (21); Tenom (19); Sandakan (16) dan Kudat 12 kes,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abdul Razak berkata, selain itu, BBP Tambunan turut merekodkan sebanyak 11 kes; Semporna (10); Lahad Datu dan Ranau masing-masing merekodkan lima kes; Kunak (4) dan Kota Marudu sebanyak dua kes.

“Sementara itu, pada hari ini, sebanyak 40 kes melibatkan kebakaran terbuka direkodkan di seluruh Sabah dimana sebanyak 24 kes adalah belukar dan lalang; hutan (12 kes) dan kebun serta ladang sebanyak empat kes.

“Jumlah itu melibatkan luas keseluruhan seluas 235.5 ekar dan ia direkodkan bagi tempoh 12 jam bermula 8 pagi tadi,” katanya.

 

#MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

 

Sumber: Sabah Media

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut