KUNJUNGAN HORMAT PIHAK ANGKATAN KAPAL SELAM (AKAS) TLDM KE ATAS PENGARAH KESELAMATAN NEGERI SABAH

Pada 14 Mac 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama MKN Sabah, delegasi dari Angkatan Kapal Selam (AKAS) TLDM telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Keselamatan Negeri Sabah, YBhg. Datuk Noor Alam Khan bin A. Wahid Khan.

Delegasi tersebut diketuai oleh Kdr. Abdul Rahim bin Baba selaku Pegawai Pemerintah KD Tunku Abdul Rahman bersama-sama Kdr. Shahrul Adi bin Nor Basha dan Lt. Kdr. Lokman Hakim bin Shaffian. Pihak AKAS telah menyampaikan taklimat berkenaan program Borneo Ultra Ocean Clean Up (BUOC) 3/2024 yang dijadualkan pada 4 Mei 2024 seterusnya menyatakan hasrat untuk berkolaborasi bersama pihak MKN Sabah bagi penganjuran program tersebut buat kali ketiga sejak tahun 2022.

Sesi ini turut disertai oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Negeri, YBrs. Tuan Norali bin Ag Damit serta pegawai-pegawai kanan MKN Sabah. Sesi ini juga merupakan salah satu medium kerjasama MKN Sabah bersama agensi strategik di Negeri Sabah.

 

#MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut