π—Ÿπ—”π—ͺ𝗔𝗧𝗔𝗑 π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

YBrs. Tuan Aedy Fadly Bin Ramli, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Operasi) Pengangkutan Jalan Malaysia telah melakukan lawatan kerja di Institut Memandu Lima Bintang Abadi Sdn. Bhd., Seberang Perai Utara Kepala Batas.

Menerusi lawatan tersebut, YBrs. Tuan Aedy Fadly telah diberikan penerangan berhubung pelaksanaan sistem eTesting oleh pihak Institut Memandu, Vendor Penyedia Sistem dan Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ Negeri Pulau Pinang. Sistem eTesting ini akan meningkatkan integriti sistem ujian memandu, pengeluaran lesen memandu, memudahkan proses auditan dan pemantauan aktiviti ujian secara elektronik. Prestasi calon ujian memandu akan diukur menggunakan alat sensor dan kamera di mana keputusan akan dijana secara masa nyata (real-time), sekaligus meningkatkan integriti proses penilaian.

Sumber : JPJ NegeriΒ  Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …