ELAK KERACUNAN MAKANAN DI BULAN RAMADAN KETIKA MEMILIH JUADAH DI BAZAR

X Ayam yang tidak di masak sempurna dan masih ada kesan darah
X Baki atau lebihan makanan kelmarin yang dijual semula
X Roti John yang disediakan lebih dari 4 jam sebelum di jual

Ini merupakan antara contoh punca keracunan makanan dari juadah di bazar Ramadan. Bazar Ramadan merupakan antara “nadi’ yang menghidupkan suasana dan kemeriahan di sepanjang bulan ramadan. Ia menjadi pilihan untuk seluruh masyarakat Malaysia untuk mendapatkan juadah untuk berbuka puasa dan makan malam. Namun begitu, apa yang membimbangkan adalah peningkatan trend kes keracunan makanan yang berpunca dari makanan yang dibeli dari Bazar Ramadan. Malah terdapat kes-kes yang serius sebelum ini yang melibatkan puluhan mangsa dan menyebabkan kematian

Mampukan tragedi ini di cegah? Ikuti 5 cara kenal pasti peniaga bazar ramadan yang bersih agar anda boleh membuat screening awal sebelum membeli.

1. Kenderaan

Ini bagi yang datang awal ke Bazar Ramadan atau kebetulan peniaga datang lewat kita boleh lihat. Perhatikan kenderaan yang mereka gunakan untuk menghantar makanan yang ingin dijual. Kalau kereta dan van sudah lazimnya pasti ada anak-anak lipas yang kecil, apalagi kenderaan yang sudah berumur kerana jarang sekali orang akan guna kereta baru hantar makanan takut kereta bau kari.

2. Gunakan Deria-deria Bau

Orang yang berpuasa deria baunya cukup tajam. Apabila sampai sahaja di gerai, cuba hidu dahulu. Kalau ada makanan yang sudah basi pasti hidung anda akan tangkap bau itu. Maka sekiranya anda ada terbau, elakkan beli dan teruskan ke gerai lain. Kalau berani menegur, tegurlah peniaga itu bila tiada pelanggan berdekatan. Mungkin peniaga tersebut tidak perasan dan bukan disengajakan.

3. Makanan Bertutup

Pastikan makanan yang dijual tertutup. Ini bagi mengelakkan lalat dan debu yang berterbangan mencemarkan makanan.

4. Pengendali Makanan

Lihat cara pakaian yang menjual. Sekiranya kelihatan bersih dengan lengkap apron, tutup kepala dan sarung tangan, maka kita beranggapan peniaga ini menjaga kebersihan.

5. Alatan yang sesuai

Perhatikan juga semasa membeli, adakah mereka menggunakan alatan yang sesuai untuk mengambil makanan. Jika tiada sarung tangan, paling tidak mereka menggunakan penyepit untuk mengambil makanan yang ingin dibeli pelanggan. Jika mereka menggunakan tangan yang tidak beralas, sudah tentu tidak bersih kerana tangan mereka menyentuh barangan lain seperti telefon dan lain-lain.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …