HIKMAH BERPUASA DARI ASPEK PENJAGAAN KESIHATAN DIRI

Hikmah Puasa Dari Segi Kesihatan

Kita sedia mengetahui kehebatan puasa Ramadan dari segi ganjaran pahalanya di sisi Allah. Puasa ibadah teragung terangkum dalamnya pelbagai hikmah dan tersingkap seribu rahmat yang penuh hikmah. Banyak pakar dan ilmuwan bidang perubatan membuat kaji selidik sejak sekian lama dalam usaha mengkaji manfaat puasa dari sudut kesihatan.
Pada 1994, sekumpulan pakar sains kesihatan membentangkan hasil kajian di Kongres Antarabangsa mengenai Kesihatan dan Ramadan di Casablanca, Maghribi. Sebanyak 50 kertas kerja dibentangkan dan semuanya bersetuju puasa Ramadan dan amalan puasa tidak sekali-kali memudaratkan. Apa yang lebih menakjubkan, pakar kesihatan dunia itu juga memperakui amalan berpuasa Ramadan mampu mencegah dan menyembuhkan pelbagai penyakit. Pengkaji terkemuka dari Universiti Hospital di Amman, Jordan, Dr Soliman, membuat penyelidikan puasa Ramadan dari aspek kesihatan dan melakukan uji kaji terhadap 42 lelaki dan 26 wanita Islam yang sedang berpuasa Ramadan.

esan Positif Berpuasa

Hasil kajiannya mendapati puasa memberi kesan positif terhadap metabolisme tubuh badan dan menjadi pencegah kepada serangan pelbagai penyakit khususnya gejala lebihan gula dan lemak. Turut membuat kajian, Dr. Azizi bersama beberapa rakannya dari Universiti Sains Perubatan Tehran, Iran, dan hasilnya sama seperti ditemui Dr Soliman. Namun, ada juga sesetengah pihak yang meragui kebaikan berpuasa Ramadan dengan mengatakan ia akan memudaratkan dan menjejaskan kualiti kesihatan khususnya kepada pesakit buah pinggang.

Mitos mereka disanggah dengan bukti dan hujah yang padat aspek imperikal. Sekumpulan ilmuwan sains kesihatan dilaporkan pada 2010 mendapati mitos itu palsu belaka, sebaliknya apa yang nyata ialah puasa Ramadan langsung tidak menjejaskan fungsi buah pinggang. Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Dia tidak memerintahkan manusia melakukan sesuatu ibadah jika membebankan dan memudaratkan. Begitu juga dengan puasa Ramadan. Kini manusia moden hairan dan kagum dengan perintah Allah ini. Rupa-rupanya tersirat pelbagai hikmah dari perspektif sains kesihatan.

Kesimpulannya, kita berpuasa bukan kerana kesihatan tubuh badan, tetapi berniat setulus hati demi mengharapkan keredaan Allah. Fadilat dari segi kesihatan ibarat ‘bonus’ awal yang dikurniakan Allah. Jadi, amat rugi kepada mereka yang liat untuk berpuasa dan mengambil ringan perintah Allah ini.

 

Sumber: mufti.kedah.gov.my

Artikel/Berita Terkini

LOKALITI WABAK DENGGI AKTIF NEGERI KELANTAN 2024

Terdapat 7 lokaliti wabak denggi aktif sehingga 19 Mei 2024 Wabak Tak Terkawal • 1 lokaliti di daerah Kota Bharu …
Maklumat Lanjut

KE MANA HALA TUJU

Kehidupan ibarat sebuah kenderaan; kita perlu pandu ia ke landasan yang betul untuk sampai ke destinasi yang diidamkan. Seperti pemandu …
Maklumat Lanjut

HARMONIKAH KITA? #BLOCKOUT ATAU #MAKIOUT.

Pada 27 Oktober 2023, tentera Israel mula melancarkan serangan darat ke atas Gaza, terutamanya di utara dan Bandar Gaza. Israel …
Maklumat Lanjut