SIBEC 2024 DILANCAR

KOTA KINABALU (7 Mac): Persidangan Ekonomi Biru Antarabangsa Sabah (SIBEC) 2024 bermula semalam dengan pelancaran portal rasminya serta pertukaran surat niat antara kerajaan negeri dan organisasi sokongan di Menara Kinabalu, di sini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor semasa merasmikan program berpandangan ekonomi biru sebagai satu inisiatif baharu untuk meneroka khazanah laut untuk pembangunan ekonomi, menjana pekerjaan, meningkatkan taraf hidup rakyat dan menjana hasil negeri akan datang.

Dalam lawatan pelaburan sulungnya ke Shenzhen, China pada November tahun lalu, Hajiji menjemput pelabur ke Sabah untuk meneroka ekonomi biru dengan kerjasama kerajaan negeri, memandangkan potensi yang ada dalam bidang ini untuk perkongsian menang-menang.

Beliau berkata, ekonomi biru terdiri daripada empat komponen utama iaitu penuaian sumber hidup (makanan laut dan bioteknologi marin), pengekstrakan sumber bukan hidup, penjanaan sumber baharu (mineral, tenaga dan air tawar), komersil dan perdagangan dalam dan sekitar lautan.

Katanya, turut tersenarai ialah pengangkutan dan perdagangan, pelancongan dan rekreasi serta tindak balas terhadap cabaran kesihatan lautan (pemantauan dan pengawasan lautan, penyerapan karbon, perlindungan pantai dan pelupusan sisa).

“Terdapat 14 industri dalam empat komponen utama antaranya akuakultur, perikanan, farmaseutikal, kimia, minyak dan gas, tenaga boleh diperbaharui, perkapalan, karbon biru dan perlindungan serta pemulihan habitat,” katanya.

Pada majlis itu, Hajiji menyampaikan surat niat kepada Lembaga Pelabuhan Sabah, Invest Sabah Sdn Bhd, Sawit Kinabalu Sdn Bhd, Qhazanah Sabah Berhad, Sabah Electricity Sdn Bhd, PETRONAS, The Asia Foundation – Malaysia, Sabah Credit Corporation Bhd dan POIC Sdn Bhd, SEDCO, SEDIA, Sabah Energy Sdn Bhd, KKIP Sdn Bhd yang juga organisasi sokongan dan Maritime Institute of Malaysia sebagai rakan strategik untuk persidangan tiga hari yang akan diadakan mulai 2 September tahun ini.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dijangka merasmikan SIBEC 2024.

SIBEC 2024 adalah susulan SMJ EKOB 2023 Synédrio SMJ bertemakan “Beyond Limits, Unleashing Economy” yang diadakan pada 14 Disember tahun lalu menyaksikan penceramah antarabangsa berkongsi kepakaran mereka dalam konsep ekonomi biru selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang disarankan oleh Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari www.blueeconomy.sabah.gov.my.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut