DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6: KEADILAN SOSIAL
Hari Wanita Antarabangsa disambut pada 8 Mac setiap tahun bagi mengiktiraf pencapaian wanita dalam pelbagai bidang serta memperjuangkan hak golongan berkenaan. Sejarah Hari Wanita Antarabangsa bermula pada awal abad ke-20 di seluruh Amerika Utara dan Eropah.
Tujuannya; mengiktiraf perjuangan wanita untuk hak memilih, keadilan pekerjaan dan hak asasi manusia. Menurut Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Hari Wanita Sedunia pertama kali diraikan di Amerika Syarikat pada 28 Februari 1909. Pada 1945, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjadi perjanjian antarabangsa pertama yang mengesahkan prinsip kesaksamaan antara wanita dan lelaki. Seterusnya pada 8 Mac 1975, PBB meraikan Hari Wanita Sedunia secara rasmi buat kali pertama.