SHAH ALAM, 5 MAC: Helikopter AW139 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terhempas di lima batu nautika berhampiran Pulau Angsa, Kuala Selangor.
Dilaporkan dalam kejadian 10 pagi itu empat penumpang termasuk juruterbang terselamat.
Ketika kejadian helikopter itu difahamkan dalam operasi pemantauan di perairan Klang dan pihak keselamatan dalam perjalanan membantu anggota serta pegawai APMM terlibat.
Sementara itu Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan kejadian.