OPERASI MEGA BERSEPADU PPKHT 2004 ANJURAN JABATAN KESIHATAN NEGERI KELANTAN (JKNK) DI DAERAH TUMPAT BIL. 2/2024

Satu Operasi Mega Bersepadu Di Bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 anjuran pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan telah diadakan di Pejabat Kesihatan Tumpat pada 28 Februari 2024.
Operasi melibatkan seramai 105 anggota dari seluruh daerah termasuk anggota dari Unit Inspektorat dan Perundangan Negeri (UIPN). Taklimat operasi telah diberi oleh pihak Pejabat Kesihatan Tumpat pada semua anggota yang hadir. Pasukan operasi daerah telah diberi tugasan melibatkan 10 lokasi operasi berbeza di sekitar daerah Tumpat.
Operasi telah dijalankan bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Sebanyak 429 premis telah berjaya diperiksa dengan 230 notis 32B di bawah PPKHT 2004 telah dikeluarkan oleh pasukan operasi kepada mereka yang tidak mematuhi kehendak kesalahan peraturan di bawah PPKHT 2004 dengan nilai kompoun ditawarkan sebanyak RM 67,850.
Operasi ini akan dijalankan secara berterusan di semua daerah bagi memastikan penguatkuasaan PPKHT 2004 dapat terus diperhebatkan dari semasa ke semasa.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …